Pencapaian sekolah Sekolah_Menengah_Agama_Izzuddin_Shah

Dalam bidang akademik, SIS telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tahun demi tahun. peningkatan ini diukur berdasarkan Gred Purata Sekolah atau GPS.

Pada tahun 2001, SIS telah berjaya meletakkan kedudukan dalam tangga ke-41 sekolah-sekolah terbaik seluruh Malaysia dalam SPM dengan GPS 3.21. GPS sekolah meningkat saban tahun apabila pada tahun 2006, SIS mencatatkan GPS 2.90 dan meningkat lagi pada tahun 2007 pada nilai 2.70.

Dalam bidang kokurikulum, SIS boleh berbangga dengan pencapaian sama ada di peringkat daerah, negeri, ataupun kebangsaan. Antara pencapaian yang membanggakan ialah tempat pertama pertandingan kawad kaki sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak yang menyaksikan SIS unggul dalam kategori kawad kaki dan pakaian terbaik antaranya pada tahun 1999, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan 2006.[perlu rujukan]

SIS juga berjaya menjadi perintis kepada kumpulan nasyid kotemporari dengan penubuhan kumpulan nasyid Soutul Faizin (SF) pada tahun 1996.Kumpulan yang bertemakan "Irama Kontemporari Menggugah Misi" ini telah berjaya menempatkan diri ke peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Nasyid Antidadah pada tahun 2006 dan 2007 & Pertandingan Ihtifal Ilmi Kebangsaan pada tahun 2014 dan 2015 serta memperoleh naib Johan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Malaysia pada tahun 2018. Pada tahun 2007 juga,kumpulan Soutul Faizin telah berjaya menjadi johan kebangsaan buat kali pertamanya.Pada tahun 2015, kumpulan Soutul Faizin berjaya mendapat naib johan. Selain itu beberapa kejayaan ko kurikulum juga telah diukir diatas memori sejarah SIS pada tahun ini. Antaranya adalah menjadi Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran di Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Malaysia bagi tahun 2018 serta naib Johan bagi kategori Hafazan di Karnival Dakwah Sekolah - Sekolah Malaysia bagi tahun 2016.Selain itu,SIS juga muncul sebagai Johan Pesta Pantun Daerah Kinta dimana telah menobatkan pemantun SIS sebagai Pemantun terbaik bagi 2 tahun berturut-turut (1996 & 1997) dan Johan Tilawah Al-Quran di Majlis Ihtifal Ilmi Kebangsaan pada tahun 2015.